Cerita ini adalah sekadar renungan bersama agar kita jangan terlalu mengejar cinta sehingga lupa akan perasaan insan lain.. Jika cinta itu kerana Allah swt kita pasti tahu apa yang patut dan tak patut untuk dilakukan.. ingatlah setiap perbuatan yang kita lakukan sehingga membuatkan insan lain menangis kelak suatu hari akan berlaku pada kita jua..
subhanallah
Saya sudah lama pendam perasaan ini.. Saya sedih kerana ada yang tak boleh tengok saya tersenyum.. Saya dah cukup lama memendam rasa sedih, sebak dan kecewa.. Sangat-sangat lama saya bawa perasaan itu dalam kehidupan saya.. Dalam tak sedar perasaan itu sudah bertukar menjadi BENCI.. Saya tak mahu perasaan itu ada dalam diri saya.. Saya cuba untuk memaafkan dia, menerima dia sebagai kawan.. Tapi saya dikianati lagi dan lagi.. Saya buta kerana percayakannya.. Saya menangis setiap hari akan perbuatannya pada saya.. Dan kerana nak menutup kesalahannya pada saya dia sanggup menipu saya.. Ya Allah Ya tuhanku.. Mengapa dia begitu kejam pada saya..
Dulu dia pernah berjanji pada saya untuk menjauhkan dirinya daripada insan yang saya amat sayangi.. Saya percayakannya dan waktu itu saya bersyukur sangat kerana dia betul-betul mangotakan janjinya.. Tapi saya silap, kerana terlalu buta percayakannya.. Apa salah saya padanya?? Mengapa dia nak merampas kebahgiaan saya?? Dia buat saya merana bertahun-tahun.. Kebahgiaan yang dia kecapi diatas penderitaan saya.. Kenapa??
Bila saya bertanya padanya, mengapa dia tak pernah jauh dari hidup saya dan mengapa dia merampas kebahgiaan saya.. Jawabnya.. Saya yang memberi kebahgiaan itu padanya.. MasyaAllah.. Siapakah yang mampu dan rela hati memberi kebahgiaan sendiri untuk insan lain.. Tiada siapa yang rela.. Dan dia juga bagi alasan mengapa saya tidak mencegahnya daripada terus hanyut berkasih sayang dengan insan yang amat saya cintai.. Walhal saya sering memberitahunya tolong jauhi insan yang saya cintai itu kerana dia susah menjadi halal buatku..
Kata-kata saya tidak di endahkan.. Malah dia hanyut bersama insan yang amat saya cintai itu sehingga kehari ini.. Kesakitan yang saya tanggung lansung dia tak hirau.. Bagaimana jika dia berada di tempat saya?? Adakah dia akan bertahan? Adakah dia akan mendapat ketenangan? Mengapa dia tidak cuba selami perasaan saya? Adakah dia rasa saya tidak sakit menanggung perbuatannya?
Pernah dia menyatakan pada saya yang dia begitu bangga kerana mendapatkan cinta daripada insan yang amat saya cintai itu.. Pedihnya hati saya hanya Allah swt sahaja yang maha mengetahuinya.. Dan saya masih ingat dia merendahkan maruah saya kononnya saya ini bukan orang yang baik.. Kerana sudah menderhaka.. Adakah dia tahu akan cerita sebenar-benarnya.. Mengapa dia perlu percaya 100% pada cerita itu walhal cerita itu adalah rekaan semata-mata.. Dan adakah dia yang akan mengadili saya sama ada saya seorang yang derhaka ataupun tidak..
Untuk pengetahuannya saya sentiasa mencegah dan menasihati insan yang amat saya cintai itu agar tidak meneruskan hubungannya dengan dia.. Tapi malang, insan yang amat saya cintai itu langsung tidak mengendahkan kata-kata saya.. Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.. Kalau tak dilayan ianya tak kan jadi.. hurmmm SEDIH!!!
Apalagi yang patut saya buat? Adakah saya perlu berkorban dan melepaskan insan yang amat dicitai itu pada insan lain? Tak kan mungkin saya berbuat demikian.. Kerana saya amat menyintainya dan dia adalah cinta dan pasangan halal terakhir dalam hidup saya..
Cuma saya sangat-sangat terkilan.. Kerana dia sering menyakiti hati saya dengan memasukkan gambar insan yang saya cintai itu bersama-samanya ke dalam dunia it ~FB ~MYSPACE dan lain-lain.. Motifnya adalah kerana tidak senang
hatinya melihat kebahgiaan saya bersama insan yang amat cintai itu lalu dia berbuat demikian.. Biarlah.. Saya terima sahaja, biarlah perbuatannya itu Allah swt sahaja yang membalasnya.. Saya hanya mampu melihat apa akan dia lakukan seterusnya dalam kehidupan saya ini..
Saya sentiasa percaya bahawa Allah swt sentiasa bersama insan teraniaya seperti saya.. Ya Allah berikanlah diriku dan keluargaku pertunjukmu, bantuilah diriku dan keluargaku mencari keredaanmu, lindungilah diriku dan keluargaku daripada mala petaka dan manusia-manusia keji, dan bantulah kami dalam kesusahan..
Amin Ya Robbal Alamin
Andainya dia dapat selami hati saya, kesedihan saya, kekecewaan saya, penderitaan saya dan kesakitan saya.. Adakah dia mampu bertahan dan adakah dia mampu untuk..........................
P/S : ingatlah sekali kita melukai hati insan lain, suatu hari pasti ada pembalasannya.. cm dalam keadaan yang berbeza-beza..