About Me

My photo
Seorang yg penyabar, penyayang.. menyintai suami dan anak sepenuh hati..

24 September 2011

Makbulkan DoaKU Ya Allah swt





+> Ya Allah..
Kau ampunilah dosaKU yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahKU dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatKU menempuhi segala cabaranMU
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

+> Ya Allah
SekiraNYA suamiKU ini adalah pilihanMU di arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamaNYA
SekiraNYA suamiKU ini adalah suami yang akan membimbing tanganKU ketitianMU
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatanNYA
SekiraNYA suamiKU ini adalah bidadara untukKU di jannahMU
Limpahkanlah aku sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahNYA
SekiraNYA suamiKU ini adalah yang terbaik untukKU diduniaMU
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataKU dari menyakiti perasaanNYA
SekiraNYA suamiKU ini jodoh yang dirahmati olehMU
berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala karenah dan ragamNYA

+> Tetapi Ya Allah.. SekiraNYA suamiKU ini ditakdirkan bukan untuk diriKU seorang 
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMU
SekiraNYA suamiKU tergoda dengan keindahan duniaMU
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingNYA
SekiraNYA suamiKU tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMU untuk aku memperbetulkan keadaaNYA

+> SekiraNYA suamiKU menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk diriNYA keluar dari terus terlena

+> Ya Allah.. Kau yang maha mengetahui apa yang terbaik untukKU
Kau juga maha mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranKU
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan 
Bimbinglah aku ke jalan yang engkau redhai
SekiraNYA aku lalai dalam tanggungjawab sebagai isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMU
SekiraNYA aku engkar dan derhaka

+> Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMU
Ya Allah.. SesungguhNYA aku lemah tanpa petunjukMU
Aku buta tanpa bimbinganMU
Aku cacat tanpa hidayahMU
Aku hina tanpa rahmatMU


+> Ya Allah.. Kuatkan hati dan semangatKU
tabahkan aku menghadapi segala cubaanMU
Jadikanlah aku isteri yang di senangi suami
Bukakanlah hatiKU untuk menghayati agamaMU

Bimbinglah aku menjadi isteri solehah 
hanya padaMU


+> Ya Allah
Ku pohon segala harapan
kerana aku pasrah dengan dugaanMU
Kerana aku sedar hinaNYA aku
kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMU
Kerana kurang kesabaranKU menghadapi cabaranMU
Kerana pendek akalKU mengharungi ujianMU

+> Ya Allah tuhanKU
Aku hanya ingin menjadi isteri yang di rahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati
Amin ya rabbi Allamin





tuhanKU ya Allah
makbulkanlah 
setiap doa-doaKU
sesungguhNYA
KASIH
SAYANG
DAN 
CINTAKU
buat
 SUAMIKU
adalah 
ikhlas
tulus 
dan
sesungguhNYA

Hanya Allah swt tuhanKU shj mengetahui akan perasaan ini
tiada yang lain mengetahuiNYA

quejuemie

No comments:

Post a Comment